Wednesday, February 25, 2009

HIDUP ADALAH BUNGA DAN CINTA ADALAH MADUNYA

Cinta dari pelbagai segi adalah unsur penentu dalam kehidupan. Ini adalah peralatan dunia yang hebat, pengikat dan menyatukan jiwa masyarakat dunia. Kata cinta adalah istilah umum dan luas yang digunakan untuk melukiskan berbagai tingkat perasaan dimulai dengan menyukai berbagai perkara sehingga kepada perasaan kepada yang satu.
Dalam tingkat duniawi, bentuk cinta yang tertinggi boleh ditemui dalam penyatuan lelaki dan perempuan dalam perkahwinan. Cinta adalah keanggunan unggul manusia, hak paling mulia dari jiwa, rantai emas yang mengikat kita dengan tugas dan kebenaran, prinsip yang paling menentu kan kedamaian hidup dan merupakan suatu kebaikan abadi.
Segala bentuk cinta seharusnya merupakan satu landasan kita mengenal tuhan. Penyatuan cinta dalam perkahwinan wujud melalui kemurnian moral dan keikhlasan yang berdasarkan pada penghargaan dan hormat antara satu sama lain. Hubungan ini akan meningkatkan aspirasi, memperluaskan batin dan meransangkan kekuatan mental. Hubungan imitatif yang dilakukan di luar perkahwinan merupakan perlepasan nafsu semata-mata yang boleh merosakkan kualiti hati dan pertumbuhan mental.
Di antara sekian banyak bentuk pelbagai dari istilah ini, maka terdapat kehangatan personal yang terjadi dengan kawan dan jiran. Tentunya juga harus diingat tentang perasaan mendalam yang terjadi dalam lingkungan keluarga seperti hubungan antara orang tua dengan anak atau kakak-adik dan hubungan dengan anggota keluarga lain. Cinta adalah sebagai satu suatu rasa suka yang kuat terhadap sesuatu, misalnya kecintaan kita kepada hobi, olahraga, bacaaqn atau pekerjaan. Yang tidak mempunyai rasa cinta juga tidak mengenal tuhan, kerana tuhan adalah cinta.

No comments: