Thursday, February 12, 2009

PENAMATAN PERKHIDMATAN (1)

Ia bermaksud pemberhentian kerja dari perkhidmatan awam atau agensi berkanun. Ianya tidak melibatkan hukuman tatatertib. Ada beberapa jenis penamatan perkhidmatan:-
a) Tamat dengan notis
b) Tamat atas sebab kesihatan
c) Tamat sebab tidak penuhi syarat perkhidmatan (gagal peperiksaan, laporan perubatan palsu dan lain-lain)
d) Tamat sebab syarat kontrak
e) Tamat demi kepentingan perkhidmatan awam
Setiap penamatan perkhidmatan kepada penjawat awam terdapat rujukan melalui peruntukan tertentu dalam Perintah Am.
a) Tamat dengan notis
Pihak yang ingin menamatkan perkhidmatan akan memberitahu secara bertulis niatnya kepada pihak yang lain:-
i) oleh pihak kerajaan:-
- ikut syarat perlantikan
- tempoh 3 bulan
- bayar gaji sebulan
ii) oleh pihak penjawat awam:-
- tiga bulan notis bagi yang telah disahkan
- sebulan notis bagi yang belum disahkan
- bayar gaji sebulan sebagai ganti notis

No comments: