Thursday, February 12, 2009

PENAMATAN PERKHIDMATAN (2)

b) Penamatan Perkhidmatan atas sebab Kesihatan
Kuasa menamatkan perkhidmatan atas sebab kesihatan diperuntukan dalam Seksyen 10(5)a, Akta Pencen 1980. Ia bergantung kepada laporan perubatan yang dibuat yang menyatakan penjawat awam berkenaan tidak berupaya melaksanakan tugas awamnya atas kemerosotan fikiran dan tubuh badannya yang kekal.
Lembaga Perubatan boleh dipanggil jika:-
a) penjawat awam masih tidak sihat setelah menghabiskan semua cuti sakit biasanya
b) penjawat awam tiada harapan menjadi sihat untuk bertugas
c) penjawat awam bercuti sakit tiga tahun berturut-turut sebanyak 45 hari atau lebih
d) Kesiuman otak atau kesihatan penjawat awam diragui
e) penjawat awam tercedera semasa menjalankan tugas
f) penjawat awam disahkan menghidap penyakit tibi, kusta atau barah
g) penjawat awam diperiksa untuk mendapatkan rawatan di luar negara kerana tiada rawatan sedemikian di negara ini

No comments: