Wednesday, February 11, 2009

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (29)

Acara Tindakan Tatatertib
Tindakan Awalan:-
1. Laporan secara bertulis oleh Ketua Jabatan atau Pegawai Kanan Jabatan yang bertanggung jawab dalam hal ehwal tatatertib
2. Siasatan dijalankan untuk mencari fakta dan mengumpul fakta kes berkenaan
3. Ketua Jabatan akan melaporkan hasil siasatan yang dibuat kepada pihak berkuasa tatatertib bagi menentukan kes prima facie.
4. Pihak berkuasa tatatertib perlu bersidang bagi menentukan sama ada wujud atau tidak kes prima facie, jika wujud maka tuduhan terhadap penjawat awam yang berkenaan akan dibuat.
Surat Pertuduhan:-
Surat pertuduhan mestilah mengandungi:-
1. Pertuduhan:-
a) Tarikh dan masa kejadian
b) Tempat kejadian
c) Perbuatan yang dilakukan
d) Peruntukan undang-undang yang dilanggar
2. Tempoh sekurang-kurangnya 14 hari untuk membela diri
3. Jika lebih tempoh masih tiada jawapan maka boleh dianggap tidak mahu membela diri
4. Surat pertuduhan mesti ditandatangani oleh pengerusi pihak berkuasa tatatertib
5. Surat akuan terima jika serah dengan tangan dan pos berdaftar jika dipos

No comments: